Objektif

  • Menjadikan ANAS TRAVEL sebagai sebuah syarikat yang bersaing maju di pasaran dan menawarkan produk pelancongan yang pelbagai untuk pilihan para pelanggan.
  • Menyediakan kakitangan yang terlatih, bertanggungjawab, dedikasi, amanah dan profesional demi menjamin serta mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang.
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan berbudaya di persada dunia.
  • Memohon rezeki yang halal yang diberkati dan dibelanjakan ke jalan yang diberkati juga demi kebaikan sekalian Ummah.
  • Menjalin hubungan silaturahim antara ANAS TRAVEL dengan pelanggan, pihak perhotelan, agensi pelancongan, jabatan kerajaan & swasta ke arah 1 Malaysia.

Motto

Kami mempunyai 4 Motto utama dalam mengendalikan perkhidmatan produk ANAS iaitu:

  • Menyediakan makanan di Restoran Halal.
  • Pelbagai LOKASI yang mengagumkan serta menarik.
  • Profesional, Berdedikasi dan Bertanggungjawab.
  • Selesa, Selamat dan Yakin Tanpa Was-Was.

Perkhidmatan Kami

Perniagaan Utama Syarikat adalah

  • Penempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai syarikat penerbangan secara global (MAS, AIR ASIA, EMIRATES, FIREFLY, SAUDIA, GULF AIR, SINGAPORE AIRLINES, QATAR AIRWAYS, dll).
  • Mengendalikan pakej pelancongan dalam Malaysia dan Luar Negara ke semua destinasi (Produk Muslim).
  • Pengendalian Pakej Umrah & Ziarah serta Haji ke Tanah Suci Mekah al-Mukaramah.
  • Pengendalian pakej-pakej lawatan sambil belajar untuk pihak Korporat, Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Kesatuan-Kesatuan.
  • Pengendalian pakej pelancongan sambil belajar untuk pelajar-pelajar Intitusi Pengajian Tinggi, Sekolah Menengah dan Rendah, dll.

Produk Kami

1. Pakej Pelancongan Cuti-Cuti Malaysia ANAS TRAVEL

Menyediakan pakej-pakej lawatan ke pelbagai destinasi yang menarik di Malaysia yang penuh dengan keindahan yang tersendiri antaranya:

PAKEJ KEPULAUAN:
-- PULAU LANGKAWI
-- PULAU PANGKOR
-- PULAU TIOMAN
-- PULAU PERHENTIAN
-- PULAU PINANG
-- PULAU SIBU


PAKEJ PERANGINAN:
-- CAMERON HIGHLANDS
-- GENTING HIGHLANDS
-- BUKIT TINGGI RESORTS
-- FRASER HILLS


PAKEJ ADVENTURE
-- TAMAN NEGARA
-- MULU CAVES
-- GUNUNG KINABALU


LAIN-LAIN :
-- HISTORICAL TOUR
-- HOMESTAY
-- PAKEJ HARI KELUARGA
-- PAKEJ SHOPPING



2. Pakej Pelancongan Luar Negara ANAS TRAVEL ~ KEMBARA MUSLIM ~

Menyediakan pakej-pakej lawatan kepelbagai destinasi di dunia, antaranya:

  • Eropah (Timur & Barat)
  • Australia (Perth & Gold Coast)
  • Mesir (Cairo & Alexandria atau Cairo & Sinai)
  • Spain & Morocco, China (Beijing & Tianjin, Kunming)
  • India (Kashmir, Delhi, Agra & Jaipur)
  • Vietnam
  • Turki
  • Jakarta
  • Russia
  • Singapura
  • Korea
  • Syria
  • Iran
  • Afrika Selatan
  • dan lain-lain.


3. ANAS TRAVEL Sahabat Umrah Anda

Menyediakan Pakej-Pakej Umrah sepanjang musim kepada jemaah / pelanggan di Malaysia :-

  • Bermula dari musim Biasa hingga ke bulan Ramadhan dengan menggunakan VISA UMRAH (penerbangan setiap minggu)
  • Pakej Umrah Bulan Syawal / Selepas Musim Haji dengan menggunakan VISA ZIARAH (Tertakluk kepada kelulusan visa Ziarah)

Penubuhan Anas Travel

Modal Dibenarkan : RM500,000.00

Modal Berbayar : RM200,000.00

Pemegang Saham Syarikat :
HJ SAMSUDIN BIN CHEK - RM100,000.00 (50%)
HJH NOR AZIAN BINTI ISHAK - RM100,000.00 (50%)


   


Tarikh Daftar Syarikat : 6 November 2009

Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan : Hajah Nor Azian Bt Ishak telah berkecimpung dalam bidang pelancongan selama hampir 20 tahun (bersama UTAS Travel & Tours).